Xiaomi Redmi Note 4X Dengan Snapdragon 653 Akan Dilancarkan 14 Februari Hadapan

Xiaomi Redmi Note 4X Dengan Snapdragon 653 Akan Dilancarkan 14 Februari Hadapan

Diterbitkan pada Feb 6, 2017 oleh .

Sebuah lagi peranti dalam keluarga Redmi Note akan dilancarkan pada Hari Kekasih ini. Teaser untuk pelancaran Redmi Note 4X telahpun dimuat naik oleh Xiaomi menerusi laman media sosial Weibo mereka. Seperti Redmi Note 4, ia akan mengekalkan skrin sebesar 5.5″ HD Penuh.

Spesifikasi lain yang diketahui setakat ini ialah penggunaan pemproses Snapdragon 653, RAM 2/3/4 Gigabyte dan storan 32/64 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel di bahagian belakang dan kamera selfie sebesar 5-Megapixel. Bateri sebesar 4000 mAh akan membekalkan kuasa kepada peranti dengan spesifikasi pertengahan ini.

Perbezaan di antara Redmi Note 4X dan Note 4 (versi global) yang dilancarkan bulan Januari lalu ialah peningkatan dari pemproses Snapdragon 625. Xiaomi Redmi Note 4X masih menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar MIUI 8.


TIPS & ULASAN