Xiaomi Redmi Note 4X Edisi Hatsune Miku Dilancarkan

Xiaomi Redmi Note 4X Edisi Hatsune Miku Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 8, 2017 oleh .

Artis maya Hatsune Miku sudah wujud sejak 2007. Kepopularannya di luar Jepun hanya berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi peminat Diva Digital ini di China, mereka boleh memiliki peranti Xiaomi Redmi Note 4X Hatsune Miku. Versi khas ini hadir dalam warna hijau Hatsune, emas champagne Gold, matte black, cherry powder, and perak platinum.

Walaupun menggunakan nama Redmi Note 4X, spesifikasi peranti ini sama dengan Redmi Note 4 edisi global. Skrin 5.5″ HP penuh dipadankan dengan pemproses Snapdragon 625, RAM 4 Gigabte, storan 64 Gigabyte, kamera utama 13-Megapixel, kamera selfie 5-Megapixel dan bateri 4100 mAh.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Redmi Note 4X akan dilancarkan di China sempena Hari Kekasih dengan pemproses Snapdragon 653. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi pembeli akan turut menerima kerangka khas dan Mi PowerBank dengan rekaan Hatsune Miku.


TIPS & ULASAN