Cari @ Amanz

Kemelut yang melanda Galaxy Note 7 dipersalahkan ke atas kecacatan pada rekaan dan pengilangan bateri. Sebanyak 2.7 Juta unit Note 7 yang terjual telahpun dipulangkan semula setakat ini . Korea Economic Daily memetik sumber dalaman Samsung bahawa kesemua peranti ini mungkin akan dijual semula bermula Jun hadapan.

Samsung Galaxy Note 7

Bateri 3500 mAh yang bermasalah akan digantikan dengan bateri baru dengan kapasiti lebih kecil sekitar 3200 mAh. Kesemua peranti yang “dikitar semula” ini kemudian akan hanya dijual di negara pasaran membangun seperti Vietnam dan India. Dengan menjual semula Note 7 yang ditarik semula, komponen sedia ada tidak akan terbuang begitu sahaja dan mengurangkan masalah pencemaran elektronik. Pada waktu yang sama kerugian Samsung yang dikatakan mencecah $1 Billion juga dapat dikurangkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd