Cari @ Amanz

Honor baru-baru ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Honor V9. Bersama-sama dengannya, beberapa aksesori telah diperkenalkan, dan salah satunya adalah Honor VR Camera.

Melalui Honor VR Camera, ia membolehkan pengguna untuk merakamkan dan menyimpan kandungan dalam bentuk 360-darjah – tidak kira gambar atau video.

Honor VR Camera

Honor dilihat membangunkan kamera ini hasil kerjasama bersama pihak Insta360. Kamera ini dihubungkan kepada telefon pintar melalui ruangan port USB-C. Menggunakannya, selain membuat rakaman, ia turut boleh digunakan dalam membuat penstriman langsung ke laman sosial seperti Youku.

Maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan sebagainya masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Honor mungkin hanya menawarkan kamera ini untuk pasaran China sahaja – seperti beberapa aksesori mereka sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd