Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan semalam, hari ini pihak Samsung Malaysia mengesahkan pelancaran Galaxy C9 Pro untuk pasaran tempatan, dimana ia akan dijual mulai 10 Mac 2017 ini, dan membawakan tanda harga RM2299.

Samsung Galaxy C9 Pro merupakan telefon pintar pertama daripada Samsung untuk pasaran Malaysia yang hadir dengan memori 6GB RAM. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6-inci dengan paparan resolusi HD penuh, menggunakan cip lapan-teras 1.95Ghz, dan ruangan storan 64GB.

Galaxy C9 Pro ini dilengkapi dengan kamera hadapan dan belakang 16-megapixel, selain menyertakan pengimbas cap jari serta menggunakan pengecasan berasaskan USB-C untuk mengecas bateri berkapasiti 4000mAh.

Samsung Galaxy C9 Pro ini juga turut menyertakan sokongan Always on Display – seperti yang terdapat pada Galaxy S7 sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini daripada pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula 10 Mac 2017 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd