Google Mengalah Kepada Facebook – Menjenamakan Messenger Kepada Android Messages

Google Mengalah Kepada Facebook – Menjenamakan Messenger Kepada Android Messages

Diterbitkan pada Feb 24, 2017 oleh .

Pada tahun 2014 yang lepas, Google telah memperkenalkan sebuah aplikasi permesejan memfokuskan SMS dinamakan sebagai Messenger. Seperti biasa, penggunaan namanya sedikit mengelirukan kepada pengguna – apatah lagi dengan penggunaan nama sama oleh Facebook untuk perkhidmatan Messenger mereka.

Kini, nampaknya Google mengambil langkah untuk menjenamakan semula aplikasi mereka, dan kini menamakan Messenger kepada Android Messages.

Seperti sebelumnya, ia masih mengekalkan rekaan Material Design, dan turut memfokuskan kepada sokongan SMS.

Google juga tidak menekankan mengapa mereka membuat perubahan nama ini. Walaubagaimanapun, ia dilihat Google akan lebih menekankan kepada permesejan RCS melalui perubahan ini.

Melalui RCS (Rich Communications Services), ia menawarkan fungsi seperti permesejan berkumpulan, penghantaran gambar resolusi tinggi, dan sebagainya. Google sendiri telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi untuk menjayakannya, selain akan mengintegrasikan Android Messages sebagai aplikasi utama pada pelbagai peranti baru.

Muat-Turun Android Messages


TIPS & ULASAN