Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 5c Diperkenalkan – Telefon Xiaomi Pertama Menggunakan Cip Pemprosesan Tersendiri

Oleh Aman

Link Copied!

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan mereka tersendiri, dinamakan sebagai Surge S1. Selari dengannya, Xiaomi turut memperkenalkan sebuah telefon pintar baru yang menggunakannya, iaitu Xiaomi Mi 5c.

Xiaomi Mi 5C

Xiaomi Mi 5c hadir dengan skrin bersaiz 5.15-inci, menggunakan cip pemprosesan Surge S1 (2.2 X 4 + 1.4 X 4 GHz), memori 3GB RAM, ruangan storan 64GB, kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Bateri 2800 mAh disertakan dengan pengecasan pantas 9V/2A. dan turut membawakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Pengimbas cap jari disertakan pada bahagian dagu peranti.

Xiaomi Mi 5C

Xiaomi Mi 5c menggunakan binaan berasaskan logam, dan ia akan dijual di China pada harga RMB1499 iaitu sekitar RM970.


Komen ()