Lebih 10 Juta Google Cardboard Telah Dihasilkan Setakat Ini

Lebih 10 Juta Google Cardboard Telah Dihasilkan Setakat Ini

Diterbitkan pada Mac 1, 2017 oleh .

Minggu ini Sony dengan bangga mengumumkan jualan PlayStation VR sudah menghampiri 1 Juta unit. Ini adalah jualan yang lebih tinggi berbanding HTC Vive dan Oculus Rift. Tetapi takhta peranti realiti maya paling banyak dihasilkan kini dimiliki oleh Google.

Google Cardboard

Google mengumumkan lebih 10 Juta Google Carboard telah dihasilkan menerusi blog rasmi mereka. Aplikasinya pula telah dimuat turun melebihi 160 Juta kali. Pada waktu yang sama lebih 30 aplikasi Cardboard telah dimuat turun lebih 1 Juta kali.

Google walaubagaimanapun tidak berkongsi jumlah jualan Daydream VR. Pengumuman beliau meletakkan Cardboard sebagai peranti realiti maya paling banyak digunakan diikuti oleh Samsung Gear VR. Apakah pula peranti realiti maya yang anda miliki?


TIPS & ULASAN