Cari @ Amanz

Aplikasi Google Keep ialah aplikasi yang amat kerap kami gunakan. Apabila melakukan tugasan luaran serta temu ramah, Keep digunakan untuk memastikan laporan dilakukan dengan tepat. Bagi mereka yang menggunakan G Suite, Keep kini boleh digunakan bersama dengan Google Docs.

Apabila menggunakan Google Docs, kesemua nota yang tersimpan di Keep boleh ditampal secara terus menerusi fungsi Tools. Kandungan boleh ditambah semudah drag and drop. Carian nota-nota Keep juga boleh dilakukan terus dari dalam Docs. Walaupun sudah diumumkan, pengguna di Malaysia mungkin perlu menanti untuk ia diaktifkan. Kami masih belum mampu menggunakan fungsi ini ketika artikel ditulis.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd