Rakan Kerjasama NVIDIA Bakal Menawarkan Kad GTX 1080 dan GTX 1060 Dengan Memori Lebih Pantas

Rakan Kerjasama NVIDIA Bakal Menawarkan Kad GTX 1080 dan GTX 1060 Dengan Memori Lebih Pantas

Diterbitkan pada Mac 2, 2017 oleh .

Dua pengumuman terbesar yang dibuat oleh NVIDIA di Game Developers Conference termasuklah pelancaran kad grafik terbaru mereka, NVIDIA GTX 1080 Ti dan penurunan harga kad grafik GTX 1080 sebanyak USD100.

Selain daripada itu, kini, nampaknya syarikat pembina komponen komputer dilihat bakal menawarkan pilihan baru kepada pembeli apabila membeli komponen GPU untuk kad grafik mereka. NVIDIA baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mula menawarkan kad grafik dengan memori yang lebih tinggi untuk kad grafik GTX 1080 dan GTX 1060 dengan memori 6GB.

Kemaskini ini bermakna kad GTX 1080 bakal mendapat memori GDDR5X 8GB dengan kelajuan 11GHz, naik 1GHz daripada memori sebelum ini, manakala kad GTX 1060 6G pula bakal mendapat memori GDDR5 6GB dengan kelajuan 9GHz, yang juga merupakan naik-taraf 1GHz daripada kelajuan memori sebelum ini.

Ini bermakna, dalam masa terdekat ini kita akan dapat melihat pembuat komponen seperti ASUS, MSI, ZOTAC dan sebagainya bakal menjual kad grafik GTX 1080 dan GTX 1060 6G dengan jumlah memori yang sama, tetapi pada kelajuan lebih pantas.

NVIDIA dikatakan melakukan langkah ini kerana mereka ingin menyelesaikan masalah lepasan overclocking yang membelenggu kedua-dua kad ini, dan syarikat-syarikat pembuat kad grafik boleh mengeluarkan kad yang mempunyai ruang untuk overclock yang lebih tinggi.


TIPS & ULASAN