MSI Juga Bakal Mengumumkan Ketibaan Kad Grafik GTX 1080 Ti
Artikel Berkaitan
MSI

MSI Juga Bakal Mengumumkan Ketibaan Kad Grafik GTX 1080 Ti

Diterbitkan pada Mac 3, 2017 oleh .

Nampaknya pembuat-pembuat komponen komputer sudah mula menggerakkan jentera pemasaran mereka setelah NVIDIA mengumumkan ketibaan kad grafik NVIDIA GTX 1080 Ti.

Terkini, MSI baru sahaja menunjukkan gambar teaser untuk kad grafik GTX 1080 Ti keluaran mereka dan besar kemungkinan kad ini akan dinamakan MSI GTX 1080 Ti Gaming X berdasarkan rekabentuk kad tersebut.

Jelas kelihatan bahawa MSI akan menggunakan sistem penyejukan Twin Frozr VI mereka yang digunakan pada kad grafik siri Pascal sebelum ini.

Seperti kad grafik siri NVIDIA GTX 1080 Ti ASUS sebelum ini, maklumat yang diketahui buat masa ini hanyalah tentang penyejuk yang digunakan dan juga kemungkinan besar bahawa kedua-dua syarikat ini akan menggunakan PCB khas untuk dijadikan asas kepada kad-kad grafik keluaran syarikat masing-masing. Bagi peminat permainan menerusi PC, kehadiran kad grafik yang cukup berkuasa ini amat dinantikan.


TIPS & ULASAN