Cari @ Amanz

Pada hari ini, bukan sesuatu yang asing untuk melihat penawaran pelbagai perkhidmatan dan fungsi daripada Google untuk pengguna peranti iPhone. Perkara ini sering dilakukan bukan sahaja oleh Google – tetapi pelbagai pengeluar lain supaya perkhidmatan dan penawaran mereka digunakan oleh pengguna di platform terkemuka selepas Android, iaitu iOS.

Terkini, seperti ramai sedia maklum, Google telah mula menawarkan Google Assistant untuk semua pengguna Android – dan hadir desas-desus mengatakan kemungkinan Google turut membawanya ke platform iOS.

Ia semestinya suatu yang bukan mustahil. Wakil Google sendiri melalui temuramah mengatakan mereka inginkan Google Assistant digunakan secara meluas dan meliputi pelbagai peranti di pasaran.

Sementara menantikan ia hadir dan memberikan saingan untuk Siri, pengguna iOS masih boleh mencuba Google Assistant pada hari ini melalui aplikasi permesejan mereka, Allo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd