Cari @ Amanz

Kita masih jauh lagi dari bulan September yang merupakan bulan pelancaran model iPhone terkini. Sungguhpun begitu ura-ura mengenai iPhone 8 yang merupakan model ulang tahun ke-sepuluh sejak tarikh pelancaran asal kini semakin kuat kedengaran. Terkini laman Mac Otakara mengatakan iPhone 8 akan dilancarkan sebagai iPhone Edition.

iPhone Edition bakal dilancarkan tahun ini bersama dengan dua model iPhone 7S dan 7S Plus tetapi pada tarikh yang berbeza.  Ia akan menggunakan skrin lebih besar 5.8″ berteknologi AMOLED. Kedua-dua iPhone 7S akan mengekalkan penggunaan skrin IPS LCD dan saiz sedia ada. Ini dilihat sebagai percubaan awal sebelum kesemua iPhone menggunakan skrin AMOLED pada tahun 2018.

Laporan Mac Otakara turut menambah skrin iPhone Edition hampir tidak mempunyai bezel.  Pihak Apple dikatakan sedang mencuba pelbagai prototaip kerangka menggunakan bahan aluminium, kaca dan juga seramik seperti Xioami  Mi Mix. Seperti kesemua produk yang menggunakan nama “Edition” (seperti Apple Watch Edition), harga jualan iPhone Edition ini adalah jauh lebih tinggi berbanding model biasa.

Seperti kita lihat sebelum ini, peminat tegar Apple tetap akan membeli peranti keluaran mereka walaupun dijual agak mahal. Secara purata pengguna produk Apple berpendapatan lebih tinggi berbanding pengguna Android. Sekiranya mampu tiada salahnya asalnya wang diperolehi secara halal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd