Cari @ Amanz

Ujian Android Nougat Beta untuk Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge telah berlangsung sejak November tahun lalu. Pemilik kedua-dua peranti ini telah menantikan kemaskini ke Nougat dengan penuh kesabaran. Penanti mereka nampaknya akan berakhir kerana telah kedengaran laporan ia mula diterima pengguna di Eropah.

Android NougatPengguna di Itali, Belanda, Ireland, UK,Romania dan Switzerland mula menerimanya semalam. Seperti biasa kemaskini dilakukan secara berperingkat. Pengguna Galaxy S6 dan S6+ di Malaysia mungkin perlu menanti beberapa minggu sahaja lagi sebelum giliran mereka pula tiba.  Bulan Januari lalu pengguna S7 Edge di Malaysia mula menerima kemaskini Nougat 14 hari selepas ia diterima pengguna Eropah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd