Carian
Peranti Tahan Lasak Bluboo R1 Akan Dilengkapi Kamera 22.5 Megapixel Sony IMX 318
March 12, 2017 Effi Saharudin

Peranti Bluboo R1 akan menjadi peranti tahan lasak pertama keluaran syarikat dari China ia. Ia direka untuk kegunaan aktiviti luar dengan kemampuan tahan hentakan dan kalis air IP68. Menjelang pelancarannya, Bluboo memperlihatkan teaser yang mengesahkan R1 bakal dilengkapi kamera 22.5 Megapixel dengan sensor Sony IMX 318.

Sensor ini menyokong sistem OIS 3-paksi dan kemampuan merakam video pada resolusi 4K. Sebelum ini sensor ini digunakan pada Asus Zenfone AR dan Xiaomi Mi Note 2. Maklumat lain yang diketahui mengenai Bluboo R1 ialah ia akan diperkasakan pemproses MediaTek Helio X30, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte.

Komen