Cari @ Amanz

Komputer riba berspesifikasi tinggi ialah peranti penting bagi insan yang mahu menikmati permainan kegemaran secara mudah alih. Di CES Januari lalu, Lenovo melancarkan dua komputer riba permainan komputer Lenovo Legion Y720 dan Y520. Kedua-dua komputer riba ini akhirnya dilancarkan di Malaysia.

Lenovo melancarkan dua komputer riba PC di bawah penjenamaan Legion. Legion Y720 dilengkapi skrin 15.6″ 4K, pemproses terkini Core i7-7700HQ, RAM sebesar 8 Gigabyte dan storan 1 TB SATA .Legion Y720 dilengkapi kad grafik Nvidia GeForce GTX 1060 6GB yang menyokong peranti realiti maya. Papan kekunci mempunyai sistem lampu RGB pelbagai warna disertakan berserta sistem audio Dolby Atmos. Komputer riba ini dijual pada harga RM 6099 sebuah di penghujung bulan ini.

Legion Y520 pula dilengkapi skrin 15.6″ HD penuh, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050 Ti, RAM sebesar  8 Gigabyte dan storan 256 SSD/2 TB SATA HDD.Pembesar suara Harman disertakan dengan sokongan sistem audio Dolby Audio Premium. Tidak seperti Y720, Y520 hanya dilengkapi papan kekunci dengan sistem lampu merah. Komputer riba ini dijual pada harga bermula RM 3299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd