Cari @ Amanz

Celcom sebelum ini telah menjanjikan penawaran aplikasi mereka untuk pengguna pascabayar, dan kini ia dilihat mereka telah menerbitkannya untuk semua pengguna Android.

Untuk makluman, aplikasi ini telah dalam bentuk ujian beta sebelum ini, dan beberapa pengguna telah berjaya memasangnya ketika itu. Bermula kini, aplikasi ini ditawarkan secara terbuka, membolehkan semua pengguna Celcom yang melanggan pelan pascabayar memuat-turun dan menguruskan akaun dengan mudah.

Celcom Postpaid Android

Melalui aplikasi ini, penguna dengan mudah boleh menyemak baki bil mereka, menguruskan akaun, melihat pelan, melihat baki internet dan panggilan, serta menyemak penggunaan.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android dan melanggan pelan pascabayar Celcom, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakannya dalam menguruskan akaun anda hari ini. Celcom mengatakan versi iOS akan menyusul tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd