Netflix Bakal Menyunting Siri TV Dan Filem Asal Mereka Untuk Peranti Mudah-Alih

Netflix Bakal Menyunting Siri TV Dan Filem Asal Mereka Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mac 16, 2017 oleh .

Di acara kerjasama antara Netflix dan Dolby Laboratories yang sedang berlangsung di San Francisco, syarikat penstriman video tersebut telah berkongsi maklumat baru tentang strategi mereka untuk mendominasi arena peranti mudah alih.

Tidak cukup dengan pelan Netflix untuk mengurangkan jumlah penggunaan data yang diperlukan untuk menstrim video mereka dan sokongan fungsi HDR dalam masa yang terdekat ini, syarikat tersebut juga menyatakan mereka akan menyunting semula siri TV dan filem khas untuk tontonan pada peranti mudah alih

Menurut Ketua Pegawai Produk Netflix Neil Hunt, banyak adegan-adegan siri Netflix ini hilang faktor impaknya apabila ditonton menerusi skrin kecil. Bagi memperbetulkan isu ini, Netflix bakal menyunting adegan-adegan tersebut khas untuk peranti mudah-alih. Ini dilakukan dengan menggunakan babak dan sudut alternatif untuk filem serta siri TV yang sama. Versi alternatif untuk peranti mudah alih ini hanya akan dilakukan pada kandungan yang dihasilkan oleh Netflix di bawah kategori Netflix Originals.

Memandangkan Netflix Originals ini dihasilkan oleh mereka, tidak menjadi masalah untuk menyuntingnya semula . Buat masa ini, Netflix masih belum memulakan pelan ini lagi kerana masih lagi sedang menyelidik cara yang paling baik untuk melakukan suntingan.


TIPS & ULASAN