Carian
Netflix Menguji Butang Khas Melangkau Video Tajuk Siri TV
March 20, 2017 Effi Saharudin

Neflix dan Chill! Ini slogan yang mereka gunakan sejak tahun bertahun. Di hujung minggu sudah menjadi kebiasaan kami santai di atas katil menonton siri TV Netflix secara berterusan. Satu perkara yang kami mahukan sejak melanggan perkhidmatan penstriman video ini ialah kemampuan melangkau intro siri TV yang ditonton.

Netflix kini mula menguji fungsi ini dengan butang khas untuk melangkau video tajuk siri TV. Buat masa ini ia hanya diberikan kepada beberapa siri TV seperti House of Cards dan Iron Fist. Ia juga hanya dilihat apabila siri ditonton menggunakan pelayar web. Ini ialah fungsi yang sepatutnya wujud sejak hari pertama. Kami tidak sabar untuk ia diaktifkan kepada semua pengguna kerana ia lebih diperlukan berbanding menyunting semula rancangan untuk tontonan pada skrin peranti pintar.

Komen