Cari @ Amanz

Kita kini di dalam bulan Mac 2017. Sudah hampir suku tahun 2017 pergi meninggalkan kita. Sungguhpun begitu masih wujud individu yang memerlukan kekunci fizikal pada peranti pintar mereka. Bagi golongan ini aksesori Moto Mods papan kekunci fizikal Keyboard Mod kini boleh dipesan melalui laman Indiegogo.

Papan kekunci fizikal ini akan melungsur keluar apabila diperlukan. Sudut penggunaan juga boleh dilaraskan sehingga 45 darjah dan terdapat bateri tambahan terbina. Bagi yang berminat ia boleh dipesan pada harga bermula $60 (~RM 266) sebuah. Dengan aksesori ini, Lenovo Moto Z dan Moto Z Play akan berfungsi seakan Nokia E8 yang pernah kami miliki suatu ketika dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd