Rekaan Oppo F3 Plus Tertiris – Peranti Dengan Dwi-Kamera Selfie

Rekaan Oppo F3 Plus Tertiris – Peranti Dengan Dwi-Kamera Selfie

Diterbitkan pada Mac 20, 2017 oleh .

Oppo F3 Plus akan dilancarkan pada 23 Mac ini. Peranti ini ialah peranti pertama keluaran Oppo yang menggunakan sistem dwi-kamera pada bahagian hadapan. Beberapa minggu yang lalu spesifikasinya tertiris. Hari ini rekaan peranti ini akhirnya tertiris.

Tidak mengejutkan ia menggunakan semula rekaan Oppo R9/R9s dengan perbezaan hanya pada bahagian hadapan. Dua kamera terletak pada bahagian dahi peranti. Oppo F3 Plus dilengkapi skrin 6″ HD penuh, pemproses Snapdragon 653, RAM 4 GB, storan 64 GB, bateri 4000 mAh, kamera utama 16 Megapixel dan kamera hadapan 16+8 Megapixel. Nantikan pelancaran rasminya dalam masa tiga hari.


TIPS & ULASAN