Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan pelantikkan CEO baru untuk syarikat mereka, iaitu Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly bermula 1 Mei 2017 kelak. Beliau akan menggantikan Tan Sri Zamzamzairani yang akan bersara pada 30 April 2017 kelak.

Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly

Shazalli yang kini berusia 55 tahun sedang bertugas sebagai CEO rantau Asia Tenggara untuk Axiata Group, dan sebelum ini telah bertugas sebagai CEO untuk Celcom daripada tahun 2005 lepas sehingga 2016.

Selain hanya telekomunikasi, beliau turut pernah bertugas sebagai CEO NTV7 selama 8 tahun sejak 1998 lepas, selain pernah bertugas di Unilever dan Astro.

Dibawah beliau kelak, Telekom Malaysia dijangka akan terus meneruskan usaha dalam memfokuskan kepada arena digital dan pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan rangkaian yang meliputi pelbagai peranti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd