Cari @ Amanz

Kewujudan sistem Samsung Desktop Experience (DeX) tertiris Januari lalu. Ia mempunyai kemampuan mengubah telefon Samsung Galaxy S8 menjadi sebuah komputer desktop seperti sistem Continuum Microsoft. Rekaan dok DeX ini tertiris dan menunjukkan beberapa fungsi menarik. Pertama kali ia mempunyai kipas terbina untuk menyejukkan peranti ketika di dalam mod desktop.

Ia turut dilengkapi port HDMI yang menyokong monitor dengan resolusi 4K. Dua port USB 2.0 Type A pula membolehkan tetikus dan papan kekunci disambungkan. Pada waktu yang sama terdapat port pengecasan USB-C yang membolehkan S8 dicaj. Dok DeX hanya memerlukan satu sambungan USB-C untuk mengusai kesemua peranti yang disambung. Seperti kami laporkan semalam ia bakal dijual berasingan pada harga €150(~RM 715)  sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd