Oppo F3 Plus Diumumkan Secara Rasmi Dengan Dwi-Kamera Selfie

Oppo F3 Plus Diumumkan Secara Rasmi Dengan Dwi-Kamera Selfie

Diterbitkan pada Mac 23, 2017 oleh .

Peranti mesra selfie Oppo F3 Plus diumumkan secara rasmi oleh Oppo hari ini setelah beberapa kali tertiris. Seperti ura-ura yang didengari, peranti ini dilengkapi sistem dwi-kamera selfie pada bahagian hadapan. Rekaan F3 Plus menyamai Oppo R9/R9s dengan perbezaan hanya pada bahagian hadapan.

Dua kamera terletak pada bahagian dahi peranti. Oppo F3 Plus dilengkapi skrin 6″ HD penuh, pemproses Snapdragon 653, RAM 4 GB dan storan 64 GB. Kamera utama 16 Megapixel f/1.7 dengan sensor Sony IMX398 dengan teknologi Duo-Pixel menakala dwi-kamera hadapan sebesar 16 + 8 Megapixel f/2.0. Lensa pada kedua-dua kamera selfie adalah berbeza dengan kamera 8-Megapixel dilengkapi lensa sudut lebar 120 darjah. Ia direka khas untuk mengambil selfie secara berkumpulan.

Terdapat sokongan pengecasan pantas VOOC untuk bateri sebesar 4000 mAh. Akhir sekali peranti ini masih menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar ColorOS 3.0. Harga jualannya ialah ₹30900 (~RM 1831).


TIPS & ULASAN