Corsair One – Sistem PC Lengkap Pertama Keluaran Corsair Dilancarkan Dengan Penyejukan Cecair

Corsair One – Sistem PC Lengkap Pertama Keluaran Corsair Dilancarkan Dengan Penyejukan Cecair

Diterbitkan pada Mac 24, 2017 oleh .

Awal bulan Februari yang lalu, Corsair mengumumkan sistem PC lengkap pertama mereka iaitu Corsair One. Komputer  yang mensasarkan golongan pengguna PC tegar ini akhirnya diumumkan secara rasmi.  Tiga model dilancarkan iaitu Corsair One, One Pro dan One Ti.

Corsair One dilengkapi pemproses Intel Core i7-7700, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1070, RAM sehingga 16 GB DDR4, storan SSD 240 GB dan storan HDD 1TB. Harga jualan One Pro ialah $1800 (~RM 7975) sebuah.

Corsair One Pro dilengkapi pemproses Intel Core i7-7700K, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080, RAM sehingga 16 GB DDR4, storan SSD 460 GB dan storan HDD 2 TB. Harga jualan One Pro ialah $2200 (~RM 9747) sebuah.

Corsair One Ti pula  dilengkapi pemproses Intel Core i7-7700K, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080 Ti, RAM sehingga 16 GB DDR4 dan storan 960 GB SSD. Harga jualan One Pro ialah $2600 (~RM 11520) sebuah.

Kesemua model menggunakan sistem penyejukan cecair yang senyap. Corsair mengatakan sistem PC mereka hanya mengeluarkan bunyi pada kekuatan 20 db ketika berfungsi. Sistem ini juga mesra overclocking bagi mempertingkat spesifikasi. Akhir sekali kesemuanya dimasukkan ke dalam menara PC yang kompak bagi mengurangkan penggunaan ruang.


TIPS & ULASAN