Cari @ Amanz

Samsung Electronics kini dilaporkan telah mengatakan yang mana mereka akan mematikan semua Galaxy Note 7 pada penghujung bulan ini melalui kemaskini perisian. Kemaskini berkenaan akan mematikan sokongan pengecasan pada peranti berkenaan.

Perkara ini telah dilakukan oleh Samsung sejak penghujung tahun lepas, termasuk untuk set-set Malaysia. Walaubagaimanapun, masih terdapat sejumlah pengguna yang masih kekal menggunakan peranti berkenaan walaupun telah ditarik-balik oleh Samsung.

Laporan baru ini hadir seminggu sebelum Galaxy S8 dilancarkan pada minggu hadapan – membolehkan Samsung memfokuskan sepenuhnya pada Galaxy S8 selepas ini.

Selain daripada itu, desas-desus sebelum ini turut hadir mengatakan Samsung mungkin membuat perubahan pada set Galaxy Note 7 yang telah ditarik-kembali, dan menjualnya semula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd