Skrin sisi melengkung pada peranti pintar ialah inovasi yang diperkenalkan oleh Samsung pada Note Edge pada tahun 2014. Rekaan kemudian diperhalusi dan hasilnya ialah skrin sisi dwi-lengkung pada Galaxy S6 Edge. Ia kini menjadi ikutan pengeluar lain dengan ura-ura Apple mungkin akan turut menggunakan teknologi yang sama.
Samsung nampaknya ingin terus menjadi pelopor skrin sisi pada peranti keluaran mereka. Mereka telah menghasilkan paten untuk menggunakan skrin sisi pada jam tangan pintar. Skrin sisi ini akan memaparkan maklumat ringkas seperti notifkasi, ramalan cuaca dan tarikh. Skrin sisi ini hanya merangkumi sebahagian sisi jam tangan pintar dan bukannya pada kesemua sisi jam.
Kami meramalkan ia mungkin menggunakan teknologi yang sama seperti Always On Display sedia ada.Rekaan yang unik tetapi ikhlas kami katakan mungkin kurang berguna pada sebuah jam tangan pintar yang skrinnya hanya aktif untuk seketika.