Sistem Imbasan Wajah Samsung Galaxy S8 Boleh Dipintas Menggunakan Gambar

Sistem Imbasan Wajah Samsung Galaxy S8 Boleh Dipintas Menggunakan Gambar

Diterbitkan pada Mac 31, 2017 oleh .

Sistem imbasan wajah pada Samsung Galaxy S8 disertakan bagi meningkatkan keselamatan data di dalam peranti. Sebenarnya fungsi ini telah lama wujud dan pertama kali kami gunakan pada Samsung Galaxy Nexus hampir enam tahun yang lalu. Menarik sekali sistem imbasan wajah ini nampaknya boleh dipintas semudah menggunakan gambar wajah pengguna.

Video di atas menunjukkan bagaimana gambar wajah dapat menyahkunci Galaxy S8 dengan mudah. Menarik di sini ialah sistem imbasan wajah pada Galaxy Nexus dahulu turut boleh dipintas menggunakan wajah. Google kemudian melakukan kemaskini yang menghalang gambar digunakan untuk menyahkunci.

Perisian yang digunakan pada Galaxy S8 pada hari pelancaran dipercayai bukan versi terakhir untuk jualan. Diharap kerentanan ini dapat ditampal dengan segera sebelum Galaxy S8 dijual secara rasmi supaya pisang tidak berbuah dua kali.


TIPS & ULASAN