Skrin Samsung Galaxy S8 Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Skrin Samsung Galaxy S8 Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Diterbitkan pada Apr 5, 2017 oleh .

Apakah peranti terbaik di pasaran? Soalan ini akan mempunyai jawapan berbeza bergantung kepada individu. Bagi yang berkemampuan harga yang mahal bukanlah sesuatu yang negatif asalkan ia memenuhi kesemua kehendak pembeli. Ada juga yang merasakan bateri bertahan ialah faktor yang paling penting. Bagi skrin terbaik pada telefon pintar, mungkin Samsung Galaxy S8 merajai kategori ini.

Samsung Galaxy S8DisplayMate telahpun menobatkan skrin Infinity Display Galaxy S8 sebagai yang terbaik pada telefon pintar. Ia mempunyai keterangan maksimum 1050 nits yang merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan untuk telefon pintar.

Selain daripada itu skrin memenuhi kesemua keperluan untuk paparan HDR yang tepat. Skrin Infinity Display diberikan gred A+ untuk kecemerlangan paparan untuk skrin telefon pintar. Kepakaran Samsung di dalam teknologi OLED ini membuatkan Apple tidak ragu-ragu memesan 70 Juta panel skrin dari mereka walaupun hubungan di antara kedua-dua syarikat agak dingin. Bagi peminat iPhone, teknologi skrin yang terbaik ini akan bakal hadir pada peranti keluaran Apple

Untuk melihat maklumat lebih lanjut mengenai ujian yang dilakukan, anda boleh melayari laman DisplayMate menerusi pautan di bawah.


TIPS & ULASAN