Cari @ Amanz

VizioPada bulan Julai 2016 yang lepas, LeEco telah mengumumkan mereka ingin mengambil-alih pengeluar televisyen popular, Vizio. Kini, selang beberapa bulan, pengambil-alihan berkenaan dibatalkan, dan Vizio akan kekal beroperasi seperti biasa buat masa ini.

Pengambil-alihan ini dilihat dibatalkan disebabkan oleh tidak menerima pengesahan daripada pihak berkuasa. Pada masa yang sama, LeEco juga dilihat tidak mempunyai kewangan yang kukuh di Amerika Syarikat akhir-akhir ini – membuatkan sejumlah pekerja dilepaskan daripada syarikat berkenaan.

Walaupun pengambil-alihan ini gagal, LeEco dan Vizio dilihat akan berkolaborasi dalam kaedah berbeza – termasuk mengintegrasikan aplikasi dan kandungan LeEco pada produk Vizio – selain LeEco boleh memasarkan produk Vizio di pasaran China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd