Leagoo M5 Edge Dilancarkan Dengan Skrin Melengkung

Leagoo M5 Edge Dilancarkan Dengan Skrin Melengkung

Diterbitkan pada Apr 23, 2017 oleh .

Skrin melengkung diperkenalkan ke dunia peranti pintar oleh Samsung dengan pelancaran Galaxy Note Edge pada tahun 2015. Sejak dari itu mereka membangunkan teknologi ini dan hasilnya ialah Galaxy S8 dengan skrin infiniti. Teknologi skrin melengkung kini tidak lagi eksklusif kepada peranti Samsung. Leagoo juga menerjah masuk ke arena peranti melengkung dengan melancarkan M5 Edge

Leagoo M5 Edge ialah peranti dengan skrin 5″ HD, pemproses MediaTek MT6737. RAM 2 GB dan storan 16 GB. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.0 dipadankan dengan kamera selfie 8-Megapixel f/2.4. Sebuah bateri sebesar 2000 mAh disertakan bagi membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android Marshmallow.

Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat disertakan pada panel belakang. Keseluruhan peranti diperbuat daripada bahan logam. Pihak Leagoo masih belum berkongsi maklumat mengenai harga jualan M5 Edge.


TIPS & ULASAN