Daimler Menghasilkan Bateri Untuk Rumah Sebagai Pesaing Tesla Powerwall

Daimler Menghasilkan Bateri Untuk Rumah Sebagai Pesaing Tesla Powerwall

Diterbitkan pada Apr 26, 2017 oleh .

Tarif elektrik adalah lebih murah pada waktu malam berbanding waktu puncak. Oleh itu sekiranya kuasa elektrik boleh disimpan pada waktu malam untuk kegunaan siang hari, pemilik rumah boleh melakukan penjimatan wang. Pek bateri untuk rumah Tesla Powerwall ialah produk yang dihasilkan tahun lalu dan kini turut boleh digunakan dengan Solar Roof juga keluaran mereka.

Daimler, syarikat yang terkenal dengan kenderaan Mercedes-Benz turut mahu menghasilkan sistem bateri untuk rumah. Mereka telah mula memasang sistem rekaan mereka di Jerman bagi bersaing dengan Powerwall. Pek bateri Daimler boleh menyimpan 2.5 kWh dan boleh disambungkan bagi menyimpan sehingga 20 kWh.

Sistem Daimler ini dijual pada harga $10,000 (~RM 44,000) lengkap dengan bateri, panel solar, inverter, sistem pengurusan tenaga serta kos pemasangan. Menurut Daimler, sistem rekaan mereka boleh membantu pemilik untuk menggunakan 65% tenaga dari sumber lestari.


TIPS & ULASAN