Cari @ Amanz

Sejak awal tahun 2017 ini, kita telah melihat pertikaian dan pemfailan saman di mahkamah antara Qualcomm dan Apple yang melibatkan kepada royalti. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Qualcomm mengatakan Apple telah menghentikan pembayaran royalti mereka buat masa ini.

Ia difahamkan, Apple akan terus menghentikan pembayaran royalti ini sehingga hal ini selesai.

Apple sebelum ini telah memfailkan saman ke atas Qualcomm, mengatakan syarikat berkenaan mengenakan caj yang tinggi untuk perlesenan paten yang dimiliki oleh Qualcomm. Kini, dengan Apple menghentikan pembayaran, ia dilihat mereka percaya akan memenangi perlawanan ini di mahkamah. Sekiranya Apple menang, mereka akan membayar nilai baru, tetapi jika sebaliknya, mereka perlu membayar nilai seperti biasa.

Penghentian pembayaran royalti ini semestinya tidak disukai oleh Qualcomm, dan menekankan yang mana Apple tertakluk kepada perjanjian perlesenan bersama Qualcomm, dan perlu membayar untuk penggunaan paten mereka.

Seperti biasa, secara tidak langsung, perkara ini turut memberikan kesan terhadap pendapatan pihak Qualcomm untuk suku tahun lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd