Cari @ Amanz

Google sejak tahun lepas telah lebih memfokuskan kepada pembangunan piawaian permesejan baru, dinamakan sebagai Rich Communication Service atau RCS. Melaluinya, secara kasar, ia menggantikan teknologi SMS, dan hadir dengan integrasi fungsi tambahan seperti sembang berkumpulan, perkongsian gambar resolusi tinggi, read-receipts, dan sebagainya.

RCS ini sendiri dikatakan sebagai masa depan permesejan. Sejumlah aplikasi telah menyertakan sokongan berkenaan, termasuk daripada Google sendiri, iaitu Android Messages.

Terkini, pihak Celcom turut mengumumkan yang mana mereka akan menyokong RCS pada perkhidmatan telekomunikasi mereka. Celcom masih belum memberikan tarikh untuk pengenalannya secara rasmi, tetapi mengatakan ia bakal hadir sebelum penghujung tahun ini.

Dengan langkah ini, Celcom mengatakan mereka lebih berinovasi dalam menawarkan perkhidmatan dan pengalaman digital kepada pelanggan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd