Meitu Hadir Dengan Telefon Pintar Edisi Khusus Bertemakan Sailor Moon

Meitu Hadir Dengan Telefon Pintar Edisi Khusus Bertemakan Sailor Moon

Diterbitkan pada Mei 10, 2017 oleh .

Meitu, salah satu syarikat yang popular dengan penawaran aplikasi selfie mereka turut menawarkan beberapa peranti. Terkini, mereka telah hadir dengan telefon pintar yang dinamakan Meitu M8 – dan menariknya hadir dengan pilihan edisi khas bersempena animasi Sailor Moon.

Meitu M8 ini hadir dengan skrin 5.2-inci, dilengkapi cip MediaTek Helio X20, memori 4GB RAM, bateri berkapasiti 3000mAh, serta dilengkapi kamera hadapan 12-megapixel dan kamera belakang 21-megapixel. Meitu sendiri dilihat memfokuskan kepada ciri-ciri selfie melaluinya, selain turut menyertakan sebuah tongkat selfie khusus bertemakan Sailor Moon.

Meitu M8 SailorMoon

Telefon bertemakan dengan Sailor Moon ini juga mengabungkan penggunaan warna merah jambu bersama emas, selain dilengkapi beberapa penjenamaan khusus watak animasi popular berkenaan.

Dinamakan sebagai edisi Sailor Moon Pretty Soldier, ia bakal dijual di China bermula penghujung minggu ini pada harga ¥2999 atau sekitar RM1880.

Selain daripada edisi khusus Sailor Moon, Meitu juga turut menawarkan edisi Hello Kitty kepada yang berminat.

Ia tidak diketahui sama ada Meitu akan menawarkannya untuk pasaran luar China atau tidak. Dengan skandal aplikasi Meitu sebelum ini, semestinya pengguna akan berkira-kira terlebih dahulu sebelum memilih untuk mendapatkan produk Meitu ini atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN