The Lorry merupakan salah satu syarikat startup tempatan yang menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat tempahan lori melalui web atau aplikasi – dimana anda boleh mendapatkan harga untuk penggunaan lori bagi sesuatu tujuan serta-merta, dan membuat tempahan lori berkenaan.
Setelah beroperasi di Malaysia sejak beberapa tahun lepas, hari ini The Lorry turut memperluaskan perkhidmatan mereka ke Singapura. Seperti di Malaysia, pengguna boleh membuat tempahan lori untuk pemindahan rumah atau pejabat – atau turut menggunakan ia untuk tujuan penghantaran barangan lain. The Lorry juga turut menyediakan perkhidmatan khusus bagi mereka yang ingin menggunakan lori penghantaran dengan kerap – terutamanya mereka yang terlibat dalam industri logistik.
Dengan penawaran di Singapura ini, tidak mustahil kita melihat The Lorry terus memperluaskan penawaran mereka ke negara lain – atau mungkin juga akan hadir dengan penawaran perkhidmatan penghantaran barangan logistik antara negara, sekaligus menawarkan kos yang rendah untuk tujuan import dan eksport dikalangan peniaga kecil mahupun besar.
- Layari : The Lorry Singapura