Carian
HTC
Vive Dan Lenovo Mengumumkan Peranti Realiti Maya Yang Beroperasi Secara Kendiri
May 18, 2017 Effi Saharudin

Di dalam dunia peranti realiti Maya, HTC Vive dan Oculus Rift mempunyai kemampuan yang terbaik kerana membolehkan pengguna bergerak di dalam ruang tiga dimensi. Tetapi untuk menikmati kedua-duanya, pengguna perlu mempunyai PC dengan spesifikasi yang tinggi. Di Google I/O yang sedang berlangsung sekarang, Vive dan Lenovo mengumumkan peranti realiti maya terbaru mereka yang mampu beroperasi secara kendiri.

Kedua-duanya  tidak memerlukan sebuah PC ataupun peranti pintar untuk beroperasi. Platform realiti maya Google Daydream akan digunakan sebagai asas dengan WorldSense yang membolehkan kedudukan tiga paksi dijejak secara nyata.

Nama rasmi juga masih belum diumumkan tetapi akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Kewujudan peranti ini tidak mengejutkan kerana Oculus yang merupakan pesaing kepada Vive turut sedang membangunkan peranti realiti maya kendiri mereka.

Komen