Pengilangan peranti iPhone di India akhirnya bermula. Wall Street Journal melaporkan kilang milik Wistron Corp di Kartanaka sudah memulakan ujian penghasilan iPhone SE dengan jayanya. Dengan ini India menjadi negara ketiga selepas China dan Taiwan yang menghasilkan peranti untuk Apple.
Dengan melakukan pengilangan di India, Apple tidak perlu membayar cukai import yang tinggi ke atas peranti sedia ada. Apple mampu mengurangkan kos penjualan iPhone di India sehingga $100 dengan langkah terbaru ini.
India ialah pasaran peranti pintar ketiga terbesar di dunia selepas China dan Amerika Syarikat. Meningkatkan jualan di pasaran India adalah strategi untuk meningkat jualan iPhone yang mengalami penurunan buat pertama kalinya tahun lalu.