YouTube VR Akan Menerima Sokongan Live Chat Dan Bilik Tontonan Maya

YouTube VR Akan Menerima Sokongan Live Chat Dan Bilik Tontonan Maya

Diterbitkan pada Mei 19, 2017 oleh .

Realiti maya ialah teknologi yang sudah wujud lebih daripada tiga dekad. Tetapi hanya akhir-akhiri ini kualiti visual yang ditawarkan menerusi peranti maya adalah setanding dengan visi sebenar yang diidamkan. YouTube VR ialah salah satu aplikasi yang membenarkan pengguna menyelam ke dalam dunia maya.

Di Google I/O dua fungsi baru diumumkan untuk YouTube VR. Fungsi pertama ialah bilik tontonan maya yang membolehkan video realiti maya ditonton bersama teman di dalam bilik tontonan maya. Rakan yang berjauhan boleh dijemput ke dalam bilik ini dan video boleh ditonton bersama. Sokongan Live Chat juga akan disertakan bagi membolehkan penonton di dalam bilik tontonan maya ini bercakap antara satu sama lain. Avatar pengguna akan menggantikan rupa fizikal mereka di dalam ruang maya ini.

TIPS & ULASAN