Carian
Facebook Didenda RM 529 Juta Kerana Maklumat Mengelirukan Mengenai Pengambilalihan WhatsApp
May 19, 2017 Effi Saharudin

Facebook, WhatsApp dan Instagram ialah triniti terbesar di dalam arena media sosial. WhatsApp dan Instagram kedua-duanya diambil alih oleh Facebook bagi mengembangkan jangkauan mereka kepada pengguna yang kini menghampiri 2 Billion pengguna aktif sebulan. Syarikat milik Mark Zuckerberg ini mencatatkan keuntungan yang tinggi walaupun menawarkan perkhidmatan “percuma”.

WhatsApp FB

Data pengguna digunakan bagi menjual iklan dan tabiat mereka direkodkan bagi memudahkan produk disasarkan kepada mereka. Pengumpulan data ini menerima perhatian Kesatuan Eropah (EU) dan semalam Facebook didenda €110 Juta (RM 529 Juta) kerana didapati memberikan maklumat mengelirukan mengenai pengambilalihan WhatsApp.

Pada tahun 2014 apabila ia ingin mengambil alih WhatsApp, Facebook mengumumkan kepada EU bahawa maklumat pengguna WhatsApp tidak akan dipadankan kepada profil Facebook mereka. Tetapi umum kita ketahui selepas diambil alih, WhatsApp mula berkongsi maklumat pengguna kepada Facebook sehingga menimbulkan kontroversi. Kegagalan Facebook untuk telus kepada EU ini menyebabkan mereka didenda dengan jumlah yang tinggi ini.

Komen