Cari @ Amanz

HTC Malaysia nampaknya bergerak pantas, dan akan melancarkan telefon pintar mereka secara rasminya di Malaysia pada 1 Jun 2017 kelak. Walaupun dilancarkan pada 1 Jun, tetapi tarikh jualan rasminya dijangka beberapa hari selepas itu.

HTC U11 merupakan telefon pintar terkini daripada HTC yang hadir dengan sokongan interaksi dengan, dilengkapi skrin 5.5-inci dan dijana menggunakan cip Snapdragon 835. Telefon pintar ini juga menggunakan memori sehingga 6GB RAM dan ruangan storan 128GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel UltraPixel, yang mana menerima skor tertinggi di DxOmark buat masa ini.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi dijangka kurang daripada RM3100. Harga jualan rasminya dijangka diumumkan pada acara pelancaran rasmi ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd