Cari @ Amanz

Hanya dua hari yang lalu HTC Desire 650 Dual Sim dilancarkan di Malaysia dengan harga RM 799 sebuah. Berdasarkan ruangan komen yang ditinggalkan pembaca, ramai merasakan harga jualan ini adalah agak mahal. Oleh itu pihak HTC telah mengemaskini harga jualannya ke RM 619 sebuah.

HTC Desire 650

HTC Desire 650 Dual Sim menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD (720p), menggunakan pemproses MediaTek MT6737T, dan memori 3 GB RAM dan ruangan storan 32 GB yang boleh diperluaskan sehingga 2TB menggunakan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, HTC Desire 650 Dual Sim menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh disertakan sebagai sumber kuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd