HTC Desire 650 Dual Sim Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 799
HTC

HTC Desire 650 Dual Sim Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 799

Diterbitkan pada Mei 26, 2017 oleh .

Peranti utama HTC U11  akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun hadapan. Bagi mereka yang mungkin lebih mendambakan peranti kelas permulaan yang lebih mampu milik, anda tidak perlu menunggu lebih lama kerana HTC Desire 650 Dual Sim sudah memasuki pasaran Malaysia dengan harga jualan RM 799 sebuah.

HTC Desire 650

HTC Desire 650 Dual Sim menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD (720p), menggunakan pemproses MediaTek MT6737T, dan memori 3 GB RAM dan ruangan storan 32 GB yang boleh diperluaskan sehingga 2TB menggunakan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, HTC Desire 650 Dual Sim menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh disertakan sebagai sumber kuasa.

Dari segi rekaan, HTC Desire 650 Dual Sim menggunakan bahagian kerangka belakang yang sedikit bercorak – memberikan cengkaman yang lebih baik ketika dipegang. Ini mungkin menjadikan peranti ini sesuai untuk mereka yang sering menggunakan peranti ketika bergerak atau berjalan.


TIPS & ULASAN