Carian
ZTE
ZTE Nubia 17 Hadir Dengan Memori Sehingga 8GB RAM
June 2, 2017 Aman

Sejumlah peranti flagship pada tahun ini telah menyertakan memori sehingga 6GB RAM. Kini, dalam usaha menyaingi pengeluar lain dari segi spesifikasi, pelbagai pengeluar mula menyertakan memori yang lebih tinggi. Selepas Asus, kini ZTE mengumumkan ZTE Nubia 17 yang turut hadir dengan memori sehingga 8GB RAM.

ZTE Nubia Z17

ZTE Nubia 17 ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan 1080p, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 835, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Peranti ini turut menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, melalui gabungan lensa 23-megapixel dan 12-megapixel. Pada bahagian hadapan pula, ZTE menggunakan kamera 16-megapixel.

ZTE Nubia Z17

Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 3200mAh yang menyertakan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 4+. Malah, peranti ZTE ini adalah peranti pertama di dunia yang menyokong integrasi teknologi pengecasan pantas Quick Charge 4+ ini.

Dengan pelbagai ciri-ciri berspesifikasi tinggi ini, ZTE juga turut menyertakan sokongan kalis air, selain rekaan skrin dengan bingkai yang nipis.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan dipasarkan di Malaysia atau tidak. Di China, model 8GB RAM dijual pada harga 3999 Yuan, iaitu sekitar RM2520 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Komen