Carian
Magic Keyboard Baru Dan Smart Keyboad iPad Pro 10.1 Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM599
June 6, 2017 Effi Saharudin

Dua aksesori baru papan kekunci dilancarkan pagi tadi oleh Apple. Magic Keyboard baru dengan kekunci bernombor dan Smart Keyboard untuk iPad Pro 10.1 memberikan pilihan baru kepada pengguna. Kedua-dua aksesori ini telah muncul di laman rasmi Apple Malaysia.

Harga jualan untuk Magic Keyboard baru dengan kekunci bernombor ialah RM 599. Smart Keyboard untuk iPad Pro 10.1 pula lebih mahal pada harga RM 699. Buat masa ini hanya Smart Keyboard boleh dipesan dari laman rasmi Apple Malaysia.

Komen