Cari @ Amanz

iOS 11 diperlihatkan secara rasmi di acara WWDC isnin yang lalu. Ia membawakan pelbagai perubahan antaramuka dan fungsi baru bagi menjadikannya sistem operasi mudah terbaik dikeluarkan Apple. Pasti ramai pemilik peranti iOS menantikan kemaskini ini di musim luruh hadapan. Tetapi sekiranya anda memiliki iPhone 5, 5C dan iPad generasi ke-empat ada berita buruk bagi anda.

Apple iOS 11Ketiga-tiga peranti di atas tidak akan menerima kemaskini ke iOS11. Ini adalah kerana iOS11 memerlukan pemproses yang menyokong perisian 64-bit seperti A7 yang digunakan pada iPhone 5S. Aplikasi 32-bit juga telah mula ditarik dari App Store beberapa hari sebelum WWDC sebagai petanda awal sokongan akan dihentikan. Bagi pengguna kesemua peranti di atas kini tiba masa untuk membeli peranti baru.

Sebenarnya sokongan selama empat tahun (kesemua peranti dilancarkan pada tahun 2012) yang diberikan Apple kepada peranti-peranti ini adalah cukup baik kerana pada platform Android anda bernasib baik jika terus menerima kemaskini selepas dua tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd