Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk membuat pengguna menggunakan sokongan kecedasan buatan dengan lebih meluas, pelbagai pihak sedia menawarkan speaker pintar masing-masing. Amazon sedia popular dengan Echo, Google dengan Google Home, dan pada minggu ini, Apple telah melancarkan jawapan mereka dengan HomePod.

Apple Homepod

Terkini, laporan baru hadir melalui KoreaHerald, mengatakan Samsung Electronics turut sedang membangunkan speaker pintar mereka tersendiri yang dilengkapi dengan pembantu maya digital mereka tersendiri, Bixby.

Samsung dikatakan telah sedia menerima paten rekabentuk untuk peranti audio berkenaan, tetapi tidak diketahui lagi bilakah akan melancarkan atau mengumumkan speaker pintar mereka berkenaan.

Bixby sendiri masih pada peringkat awal, dan masih terhad penggunaannya. Pembangun pihak ketiga juga masih tidak lagi mula menawarkan aplikasi dan sokongan secara meluas kepada platform berkenaan buat masa ini.

Tetapi, Samsung sebelum ini sedia mengatakan mereka akan mengintegrasikan Bixby pada pelbagai peranti – bukan sekadar pada telefon pintar, tetapi juga peranti elektronik keluaran mereka lain seperti televisyen, peti sejuk, dan sebagainya. Dengan populariti speaker pintar akhir-akhir ini, tidak mustahil kita melihat Samsung turut memperkenalkan penawaran mereka – sekurang-kurangnya di Korea Selatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd