Carian
Microsoft Mengeluarkan Kemaskini Sekuriti Terbaru Untuk Semua Versi Sistem Operasi Windows
June 14, 2017 Nazrin

Serangan WannaCry membuatkan pihak Microsoft memikirkan semula polisi mereka untuk tidak menyokong sistem operasi lamanya, terutamanya Windows XP. Setelah 200,000 komputer di 150 buah negara diserang perisian hasad tersebut, mereka telah mengeluarkan sebuah kemaskini keselamatan untuk sistem operasi tersebut yang membantu mengekang serangan WannaCry.

Terkini, nampaknya Microsoft baru sahaja hadir dengan kemaskini sistem operasi Windows yang tidak lagi disokong sekali lagi, dan kali ini, sebab yang diberikan oleh syarikat tersebut nampaknya lebih serius dari sebelum ini. Ini adalah kerana kelemahan-kelemahan baru yang ditemui tersebut dikatakan akan dieksploitasi bukan sahaja oleh pihak-pihak penggodam, tetapi juga organisasi-organisasi kerajaan yang mahukan data persendirian anda secara tidak sah.

Selain dari itu, pihak Microsoft tidak memberi sebarang penjelasan mengenai sumber kelemahan tersebut, dan hanya terus memberi peringatan kepada mereka yang masih menggunakan sistem operasi Windows XP, Vista, 7 dan sebagainya untuk mengemaskini sistem komputer mereka.

Kemaskini untuk sistem-sistem operasi Windows tersebut, termasuklah Windows XP, Vista dan Windows 7 akan hadir melaui popup Windows Update ataupun di laman web Download Center Microsoft.

Komen