iPhone SE Yang Dibuat Di India Mula Memasuki Pasaran Pada Harga Lebih Murah
June 24, 2017
Apple
Effi Saharudin
Apple memulakan pemasangan iPhone SE di India pada penghujung bulan Mac. Dengan pengilangan di India, Apple layak menerima insentif Made In India yang mengurangkan duti yang perlu dibayar kepada kerajaan. Peranti-peranti yang dibuat di India ini sudah mula dijual di India semalam.
Harga jualan iPhone SE 32GB buatan India ialah ₹ 27,200 (~RM 1808) dan adalah lebih murah berbanding ₹ 39,999 (~RM 2659) sebelum ini. Buat masa ini peranti buatan India ini hanya ditemui di Bengaluru dengan bahagian belakang kotak tertera ayat “Designed in California. Assembled in India”.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.