Beberapa Fungsi Baru Edge Sense Pada HTC U11 Diperlihatkan
June 25, 2017
HTC
Effi Saharudin
HTC U11 ialah antara peranti yang paling menarik di pasaran pada waktu ini. Tubuh peranti utama ini boleh dipicit untuk melancarkan aplikasi atau mengawal fungsi tertentu. Dalam ulasan HTC U11, kami merasakan buat masa ini fungsi yang diperlihatkan adalah agak terhad. Oleh itu HTC berkongsi beberapa fungsi baru yang bakal disertakan.
Antara yang boleh dilakukan ialah zoom keluar masuk pada aplikasi pemetaan Google Map. HTC mahu pengguna berkongsi idea tentang apa yang mereka ingin disertakan pada Edge Sense di masa hadapan. Sekiranya anda mempunyai idea bernas, silalah berkongsi dengan mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.